BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 29, 2009

Pahlawan Kita Part 1.... Tok Janggut


Tanpa kita sedari sebenarnya masih banyak kisah pejuang kita yang masih kita belum ketahui dan hayati perjuangan mereka seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain lagi. Jika kita tidak mulai sekarang bila lagi? Sekarang mari kita ikuti serba sedikit sejarah Tok Janggut.


Biodata :

Nama : Hj. Mat Hassan Bin Panglima Munas

Tarikh Lahir : 1850

Tempat Lahir : Kampung Saring Daerah Jeram, Pasir Puteh, Kelantan

Tarikh Kematian : 1915 ( ketika usia 65 tahun)

Sumbangan : Pejuang Kebebasan








Nama sebenar beliau adalah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, oleh kerana itu beliau dibesarkan didalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram. Beliau mendalami ilmu-ilmu agama di Makkah.

Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan pemimpin tradisional di negeri Kelantan.
Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala RM 1.00 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5en.


Pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff seorang pegawai tadbir British yang berasal dari luar Kelantan, menggantikan Engku Besar. Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai yang terlalu lambat sehingga berlarutan selama tiga hari, menyebabkan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas enggan membayar cukai.

Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya telah diarahkan bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung tersebut, Mat Hassan sedang berucap dihadapan kira-kira 1,000 orang penduduk yang kebanyakannya bersenjata. Mat Hassan bersetuju untuk mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberikan penjelasan terhadap tindakannya.

Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak bersetuju polis berjalan dibelakangnya kerana dilihat seolah-olah mereka mengawal tindakannya daripada hendak melarikan diri, beliau inginkan polis berjalan seiringan atau dihadapannya. Polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya sehingga mati. Disitulah permulaan peperangan antara Haji Mat Hassan ataupun lebih dikenali sebagai Tok Janggut dengan penjajah Inggeris.

Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.


Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Kebangkitan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu merasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Haji Mat Hassan bin Panglima Munas telah terbunuh.Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari.



Padang 'Bank' Sekarang ( Padang Merdeka )


Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka) mayat Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dikebumikan di Pasir Pekan




Makam Tok Janggut di Kampung Pasir Pekan - Kampung Kelahiranku

Untuk post akan datang saya akan cuba membawa lebih banyak lagi kisah perjuangan pahlawan kita yang menegakan kebebasan untuk rakyat.



Sunday, June 7, 2009

Amazing Mosque Around The World Part 1- Masjid Menakjubkan Dunia

Masjid (مسجد) ialah tempat beribadat yang khusus, seperti solat dan iktikaf, bagi orang Islam. Bangunan ini juga merupakan pusat kebudayaan, muamalat, dan perkembangan dakwah Islamiah, serta pusat aktiviti umat Islam. Masjid tidak mempunyai rupa bentuk yang tetap, tetapi bergantung kepada budaya masyarakat Islam setempat.

Berkutnya adalah antara masjid utama dan menakjubkan yang terdapat diseluruh dunia untuk tatapan kita semua.


Masjidil Haram, kadangkala disebut juga Masjid al-Haram ataupun Al-Masjid al-Ḥarām (Arab : المسجد الحرام), adalah masjid paling suci bagi umat Islam. Masjid ini terletak di Kota Makkah Al Mukharamah. Masjid al-Haram dibina mengelilingi Kaabah, iaitu Qiblat umat Islam apabila mengerjakan solat.



Masjid an-Nabawi (b. Arab: المسجد النبوي al-Masjid al-Nabawīy) atau Masjid Nabi merupakan masjid kedua paling suci mengikut kepercayaan umat Islam. Di sini juga terdapat Makam Rasullullah S.A.W. Masjidil Haram merupakan masjid paling suci dan Masjid Al Aqsa merupakan masjid ketiga paling suci dalam Islam. Masjid ini asalnya dibina sendiri oleh Rasullullah sendiri, bersebelahan dengan rumah yang baginda diami selepas peristiwa Hijrah pada tahun 622 Masihi. Masjid pertama yang didirikan oleh Rasullullah semasa peristiwa Hijrah ialah Masjid Quba



Masjid Al-Aqsa (Arab: المسجد الاقصى), adalah sebahagian daripada kompleks bangunan-bangunan agama-agama di Baitulmuqaddis dikenali sebagai Gunung Majed atau Al-Haram Al-Sharif dan tapak ibadah suci yang ketiga (Tapak Ibadah Suci ) kepada orang Islam




Masjid Quba (atau Masjid al-Quba) ialah masjid pertama yang dibina oleh orang Islam. Masjid ini terletak di Kota Madinah kira-kira dua batu daripada Masjid Nabawi. Masjid ini diasaskan oleh Nabi Muhammad sebelum Baginda tiba di Madinah melakukan berhijrah dari Makkah.
Masjid Quba kemudian disiapkan oleh Sahabat Rasulullah.. Rasulullah menghabiskan masa selama 20 malam (selepas hijrah) di samping bersembahyang dan beribadah kepada Allah s.w.t..Rumah Saidina Ali terletak di belakang Masjid Quba, dan Nabi Muhammad akan mendirikan solat sunat sementera menunggu Saidina Ali.


Masjid Sultan Hassan II ialah sebuah masjid yang terletak di Casablanca, Maghribi. Menara masjid ini adalah yang tertinggi di dunia iaitu setinggi 200m.
Hampir setengah permukaan masjid ini terletak di lautan Atlantik. Hal ini diilhamkan dari ayat al-Qur'an yang menyatakan "Arasy Allah berada di atas air".

Rekaan ini diminta sendiri oleh Sultan Hassan II, yang menyatakan, "Saya mahu membina masjid ini di atas air, kerana Arasy Allah berada di atas air. Maka, orang yang beriman dapat bersolat dapat berzikir di atas tanah dan menjiwai langit Tuhan dan laut"



Masjid Sheikh Zayed ialah masjid ketiga terbesar di dunia. Masjid ini terletak di Abu Dhabi , ibu negara Emiriah Arab Bersatu .Karpet yang terbentang luas di masjid ini merupakan "karpet terbesar dunia" dan dibuat oleh "Iran's Carpet Company" hasil rekaan artis Iran Ali Khaliqi.[2] Karpet ini berukuran 5,627 meter persegi. Berat karpet tersebut ialah 47 tan - 35 tan kapas, dan 12 tan benang.Masjid ini juga mempunyai candelier (lampu lilin) terbesar dunia. Terdapat tujuh lampu lilin yang diimport dari Jerman dan kesemuanya adalah dari tembaga dan bersalut emas. Lampu lilin yang terbesar berdiameter 10 meter dan 15 meter tinggi.[3].



Masjid Sultan Ahmed (bahasa Turki: Sultanahmet Camii) adalah masjid bersejarah di Istanbul, bandaraya terbesar di Turki dan ibu negara Empayar Uthmaniyyah (dari 1453 hingga ke 1923). Masjid ini adalah salah satu dari beberapa buah masjid yang dikenali sebagai Masjid Biru oleh kerana jubin birunya menghiasi dinding di bahagian dalamnya. Ia dibina di antara 1609 dan 1616, sewaktu pemerintahan Ahmed I. Seperti banyak masjid lain, ia mengandungi suatu kubur penemunya, sebuah madrasah dan sebuah hospis. Masjid Sultan Ahmed telah menjadi salah satu dari tarikan pelancong yang terhebat di Istanbul.


Masjid Qolşärif juga disebut Qol Sharif, Kol Sharif, yang terletak di Kazan, Republik Tatarstan ialah masjid terbesar di Rusia, dan Eropah.



Masjid Agung Damsyik, juga dikenali sebagai Masjid Umayyad adalah salah satu masjid yang terbesar dan tertua di dunia. Masjid ini mempunyai makam Nabi Yahya a.s. Pada tahun 2001, Paus John Paul II telah melawat masjid ini dan melawat makam Nabi Yahya a.s. di yang terletak di dalam masjid itu. Itu adalah kali pertama seorang Paus melawat sebuah masjid.Demikianlah antara masjid indah yang dapat dipamirkan. Banyak lagi masjid utama di dunia yang akan ditunjukkan.
Jadi sebagai umat islam marilah kita selalu kunjungi masjid untuk membuat amal ibadat.