BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, December 21, 2009

Rilek Kejap.....

Lets 'concentrate' the conversation below:


Boss: Where were you born?
Kayuplush(KP) : .. Africa
Boss: which part?
KP: What 'which part'? Whole body was born in Africa.


2 KPs were fixing a bomb in a car.
KP 1: What would you do if the bomb
explodes while fixing.
KP 2: Dont worry, I have one more.

KP: What is the name of your car?
Lady: I forgot the name, but is starts with 'T'.
KP : Oh, what a strange car, starts with Tea. All cars that I know start with petrol.

KP joined new job. 1st day he worked till late evening on the computer. Boss was happy and asked "what you did till evening?"
KP : Keyboard alphabets were not in order, so I made it alright.

Museum Administrator: That's a 500-year-old statue u've broken.
KP: Thank God! I thought it was a new one.

At the scene of an accident a man was crying: O God! I have lost my hand, oh!
KP : Control yourself. Don't cry. See that man. He has lost his head. Is he crying?

KP : U cheated me.
Shopkeeper: No, I sold a good radio to u.
KP : Radio label shows Made in Japan but radio says this is 'All Malaysia Radio! '

NOW THE LAST TWO ULTIMATE:
In an interview, Interviewer: How does an electric motor run?
KP : Dhhuuuurrrrrrrrrr. .....
Inteviewer shouts: Stop it.
KP: Dhhuurrrr dhup dhup dhup...

Tourist: Whose skeleton is that?
KP: An old king's skeleton.
Tourist: Who's that smaller skeleton next to it?
KP: That was same king's skeleton when he was a child.

Thanks to alumni SMTT

Thursday, December 17, 2009

Selamat Menyambut Maal Hijrah 1431

Assalamualaikum. Dah lama tak update blog ni. Naka kata sibuk pun tak juga. Biasalah dengan tugas dan hal-hal lain. Jadi sempena Maal Hijrah 1431 ni mungkin satu permulaan baik untuk azam baru.

Hari ini kita semua umat islam sekali lagi dapat menyambut Maal Hijrah 1431. Marlah kita pada tahun ini membuat azam pada hari kebesaran Islam. Jangan lagi kita bazirkan masa untuk kita menuju ke tempat yang kekal abadi.

Mari kita ikuti serba sedikit sejarah Maal Hijrah yang kita sambut saban tahun.

Hari Awal Muharram atau Hari Maal Hijrah merupakan suatu hari yang penting bagi umat Islam kerana ia menandakan peristiwa penting yang berlaku dalam sejarah Islam. Ia memperingati penghijrahan Nabi Muhammad dari Kota Makkah ke Madinah pada tahun 622 Masihi. Berlaku pada 1 Muharam, ia merupakan hari pertama Takwim Hijrah.
Di Malaysia, ia merupakan hari keagamaan di mana umat Islam mengadakan solat sunat di masjid-masjid di seluruh negeri. Permulaan penggunaan Kalendar Tahun Hijrah / Hijriah adalah hasil dari ilham Khalifah Ar-Rasyidin yang kedua iaitu Saidina Umar Al-Khatab radhiyallahu `anhu. Ini adalah turutan dari Kesatuan Arab yang ditubuhkan di bawah naungan Islam pada zamannya. Ada satu riwayat lain yang mengatakan bahawa Gabenor Abu Musa Al-As'ari telah mengirimkan surat kepada Saidina Umar r.a minta beliau menjelaskan tentang tahun bagi tarikh surat/arahan Umar yang telah dihantar kepadanya. Maka dengan ini beliau (Umar r.a) mahukan satu kalendar / taqwim Islam yang khas untuk menggantikan tahun rujukan kalendar yang berbagai-bagai yang digunakan oleh bangsa-bangsa Arab dan bangsa-bangsa lain pada zaman itu.
Di kalangan bangsa Arab sendiripun ada berbagai-bagai kalendar yang digunakan seperti Kalendar Tahun Gajah, Kalendar Persia, Kalendar Romawi dan kalendar-kalendar lain yang berasal dari tahun peristiwa-peristiwa besar Jahiliah. Maka Umar telah memilih tahun yang terdapat di dalamnya peristiwa paling agung dalam sejarah Rasullullah s.a.w untuk dijadikan asas permulaan tahun pertama bagi kiraan kalendar / taqwim Islam.

Peristiwa tersebut adalah peristiwa hijrah Rasullullah saw dari Makkah ke Madinah. Ini adalah kerana dengan hijrah inilah permulaan pertolongan Allah kepada RasulNya dan agama Islam ditegakkan. Hasil dari itu, Kesatuan Arab lebih sistematik, bersatu dan tersusun serta mendapat berbagai-bagai kejayaan besar dan bertambah kuat hasil dari pilihan Umar itu.

Di antara kejayaan besar Islam waktu itu ialah kerajaan Kisra dapat ditumbangkan, Baitulmuqaddis dibebaskan dari Rom dan Masjid Al Aqsa dibangunkan. Setelah Umar membandingkan kalendar tersebut dengan kalendar-kalendar Persia dan Romawi, didapati bahawa kalendar ini ternyata lebih baik. Maka dengan itu Umar mengisytiharkan Kalendar Tahun Hijrah adalah Kalendar / Taqwim Islam yang rasmi.

Sekali lagi selamat menyambut Maal Hijrah 1431.

Saturday, October 10, 2009

Mamma Mia! Mamma Mia!


Last week berkesempatan tengok cerita 'Mamma Mia' filem muzikal lakonan Meryl Streep dan Pierce Brosnan. Quite interesting movie. Lagu-lagu dari kumpulan ABBA yang begitu popular pada 80's menjadi lagu latar sepanjang filem ni. . Yang bestnya semua lagu soundtrack filem itu dinyanyikan oleh pelakonnya sendiri. Bayangkan! Pierce Brosnan menyanyi. Enjoy dengar lagu-lagu dalam filem ini. Begitulah artis luar, mereka mungkin bersungguh-sungguh untuk menyanyikan sendiri lagu soundtrack. Bukannya pelakon-pelakon dalam filem ni asalnya penyanyi



Nak tanya sikit, kenapa kat Malaysia tak ada movie macam ni. Boleh enjoy. Buatlah filem yang boleh hiburkan hati. Jangan nak buat movie ada unsur pengajaranlah,mesej lah bla..bla.. Tapi jalan cerita hampehh..Pandai pulak kritik pasal filem...

Sesiapa yang minat lagu-lagu ABBA boleh tengok cerita ni. Ambil pengajaran yang mana boleh. Tak kan sekali kita tengok sesuatu cerita selama dua jam dah boleh merubah hidup kita. Sekali-sekala enjoy ourselves tanpa melupakan tanggungjawab kita. Betul..Betul..kata Upin dan Ipin