BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, April 28, 2009

Taklimat GIS JKR Kelantan di Melaka












Hari ini (28/4/09) semua penyelaras GIS seluruh daerah JKR Kelantan berada di Melaka selama tiga hari bagi mengikuti taklimat ArcView GIS 3.2 oleh pihak Unit Kejuruteraan Geoinformatik, Cawangan Senggara Fasiliti Jalan, JKR Malaysia (Thanks to Pn. Badariah, Pn. Zamrah, En. Lokman En. Azeem dan Pn. Suhaila). Pada taklimat ini pihak kami akan mengikuti cara untuk mengemaskini pengkalan data GIS bagi inventori jalan bagi Negeri Kelantan.

Monday, April 27, 2009

Rilek Kejap


Nampak nak ke tempat 'Fitness' tapi naik escaltor?


Basikal Ajaib...


Titanic zaman ini......



Contoh yang betul....



Mana lebih pantas?



Janganlah Kacau Aku!







Sunday, April 26, 2009

All About Cats

Very good behaviour.

Telah bertukar tempat nampak.


Praktis masuk 'tomoi ke?



Ini gambar patung kucing di Bandar Kucing, Sarawak



Ini baru betul. Zaman IT ni kucing pun tak mahu ketinggalan.

Video Clip About ArcView GIS 3.2 - Bhg. 2

Video clip untuk 'open project' dan 'edit field' . Ini adalah salah satu langkah kerja dalam ArcView Gis 3.2. Saya akan 'upload' dari masa ke semasa langkah asas dalam proses menjalankan kerja menggunakan ArcView ini.

Friday, April 24, 2009

Lagu Dalam Format MP3

Kalau sesiapa hendak cari lagu kesukaan masing-masing dalam format mp3 boleh emailkan pada saya permintaan anda. Kalau ada boleh saya emailkan. Apa saja lagu melayu, inggeris, dikir barat mahu pun hindi boleh minta. Dari Siti Nurhaliza/Jamal Abdillah kepada George Benson / Deep Purple hingga kepada Mohd. Rafi dan seterusnya Cikgu Sulizi semuanya ada!!!

Movies and TV Series


Hujung minggu ok jugak kalau layan tengok movie. Baru habis tengok DVD Slumdog Millionaire. Dah seminggu beli tapi baru sempat tengok. Patutlah dapat Best Picture kerana cerita dia macam real saja. Dari experience 'Jamal Malik' dapat tengok realiti kehidupan yang boleh terjadi dimana sahaja. Dah lama tak tengok movie macam ni. Tengah tunggu cerita 'Angel and Demons'.

Saya ni sebenarnya membesar dengan cerita dari tv terutamanya siri pada 80'an ( sorry masa tu english series) seperti 'Family Ties', Facts Of Life' L.A. Law, Dynasty ( to name a few). Tapi sekarang jarang ada siri seperti dulu. Banyak realiti tv sekarang ni. Siri TV sekarang yang saya minat CSI Series, Monk, Without a Trace, Eli Stone.

Siri TV keluaran negara kita lately oklah jugak. Tapi kadang-kadang tajuknya pelik sangat. Ada saya baca dalam akhbar harian mengenai tajuk pelik seperti 'Dibawah Ketiak Isteri' Jangan Main Belakang' . Walaupun cerita komedi tapi tak manis sangat kalau budak-budak dok hafal tajuk tu. Saya rasa drama masa 70'an dan 80'an lebih bagus walaupun dalam hitam putih seperti Potret Pekerti atau siri Drama Minggu in. Atau pun mungkin waktu itu tiada pilihan nak tengok kerana tak banyak saluran tv.

Boleh jadi juga. Sekarang ni saya tengok siapa pengarah, penebit dan pelakon dulu baru rasa boleh enjoy tengok siri tersebut. Kalau dah merapu sangat rasa tak boleh habis tengok. Ya lah kadang-kadang scene meleret seperti buka pintu kereta, buka pagar, buka pintu rumah. Kalau ada benda nak tunjuk masa tengah buat semua tu tak pelah jugak, tapi tak ada motif langsung. Bukan kata anti cerita melayu tapi itulah realitinya.

Wednesday, April 22, 2009

Video Clips Untuk Arc View GIS 3.2 - Percubaan

Seperti yang dijanjikan dipersembahkan video clips permulaan bagi Arc View GIS 3.2. ( Thanks to En. Darus )Masih dalam peringkat percubaan. Kami akan di buat penambahbaikan. Kami juga akan membuat video clips bagi setip langkah untuk program ArcView GIS 3.2 untuk tatapan semua. Minggu depan (28-30/4/09)Kumpulan GIS JKR Kelantan akan berkampung di Melaka untuk menjalankan kerja memasukan data GIS bagi Negeri kelantan. Diharap kami semua dapat menjalankan semua tugasan dengan jayanya.

Monday, April 20, 2009

Australia Road Conference di Melbourne

Bersama En. Wan Muhammad Husni Abdullah ( KPPJ)
Masa Australia Road Conference di Melbourne last February. Gambar dengan Jurutera Daerah Kuala Krai En. Suhaili Ismail dan my boss En. Wan Muhamad Husni masa opening conference. Satu je yang saya perasan orang barat masa buat function taklah grand sangat. Kita kat sini kadang-kadang 'over' sikit masa opening. Ok nanti banyak lagi saya akan upload imej masa kat Melbourne.

Bersama En Suhaili Ismail ( Jurutera Daerah Kuala Krai)

Dalam lawatan singkat ke Melbourne boleh saya katakan orang barat betul pun maju( Dari segi sikap dan kemajuan fizikal). Bukan nak katalah tapi aussie people dia appriciate apa saja yang dia ada.

Masa tengok penguins naik ke pantai di Philips Island dia orang boleh buat benda tersebut nampak happening! Kat Malaysia ni macam mana orang tengok penyu bertelur sekarang. Dah lama tak tengok. Ni kena pergi tengok.

Sunday, April 19, 2009

My Happy Family













My happy family. Ambil masa Hari Raya Aidil Fitri last year. Tema tahun lepas ialah BIRU. Agak-agak apa tema tahun ni.? Anak-anak dah besar ni lebih banyak boleh kongsi cerita terutamanya berkumpul masa makan. Kalau dah bercerita kecoh betul! ( Kata orang 'berebut stesen') Terutamanya yang bongsu tu. Sekarang pulak dia sibuk dok bela kuching! Tapi mana kucingnya?


Video Clip About ArcView GIS 3.2



Rakan sekerja Mohd. Darus (Pelukis Pelan) tengah nak buat video clip pasal ArcView GIS 3.2. Nanti boleh tengok dalam blog ni. Next week ( 28/4/09 hingga 30/4/09) ada kursus GIS kat Melaka. Minggu ni sibuk sikit pasal Mesyuarat Cerun yang akan di adakan di Kelantan pada 22/4/09.( Jadi host kononnya ). Kena prepare lebih sikit. Thanks to all district kerana beri kerjasama. Gambar di atas menunjukan keadaan cerun runtuh di Jalan Gua Musang-Lojing.

Friday, April 10, 2009

Pengenalan.

Assalamualaikum. Saya Haji Che Mazlan bin Haji Ghazali bertugas di Bahagian Jalan ,JKR Kelantan. Saya ingin berkongsi banyak perkara dengan anda diluar sana. Boleh sama-sama kita kongsi pengetahuan samada hal kerja harian seperti hal berkaitan JKR i.e about GIS, Slopes dan perkara mengenai Human Interest dan kehidupan seharian kita. Anda boleh hubungi saya pada alamat email berikut :

hcmhg@yahoo.com

CMazlan@jkr.gov.my


Last Februari ikut rombongan JKR Malaysia anjuran REAM ke Australia Road Conference di Melbourne. Dapatlah tambah pengalaman sikit.

My Trip To Aussie


Gambar masa kat Philip Island ketika ikut rombongan ke Australia Road Conference anjuran REAM. Banyak yang dipelajari disana.
That's all for now.