BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, April 24, 2009

Movies and TV Series


Hujung minggu ok jugak kalau layan tengok movie. Baru habis tengok DVD Slumdog Millionaire. Dah seminggu beli tapi baru sempat tengok. Patutlah dapat Best Picture kerana cerita dia macam real saja. Dari experience 'Jamal Malik' dapat tengok realiti kehidupan yang boleh terjadi dimana sahaja. Dah lama tak tengok movie macam ni. Tengah tunggu cerita 'Angel and Demons'.

Saya ni sebenarnya membesar dengan cerita dari tv terutamanya siri pada 80'an ( sorry masa tu english series) seperti 'Family Ties', Facts Of Life' L.A. Law, Dynasty ( to name a few). Tapi sekarang jarang ada siri seperti dulu. Banyak realiti tv sekarang ni. Siri TV sekarang yang saya minat CSI Series, Monk, Without a Trace, Eli Stone.

Siri TV keluaran negara kita lately oklah jugak. Tapi kadang-kadang tajuknya pelik sangat. Ada saya baca dalam akhbar harian mengenai tajuk pelik seperti 'Dibawah Ketiak Isteri' Jangan Main Belakang' . Walaupun cerita komedi tapi tak manis sangat kalau budak-budak dok hafal tajuk tu. Saya rasa drama masa 70'an dan 80'an lebih bagus walaupun dalam hitam putih seperti Potret Pekerti atau siri Drama Minggu in. Atau pun mungkin waktu itu tiada pilihan nak tengok kerana tak banyak saluran tv.

Boleh jadi juga. Sekarang ni saya tengok siapa pengarah, penebit dan pelakon dulu baru rasa boleh enjoy tengok siri tersebut. Kalau dah merapu sangat rasa tak boleh habis tengok. Ya lah kadang-kadang scene meleret seperti buka pintu kereta, buka pagar, buka pintu rumah. Kalau ada benda nak tunjuk masa tengah buat semua tu tak pelah jugak, tapi tak ada motif langsung. Bukan kata anti cerita melayu tapi itulah realitinya.

0 comments: