BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Monday, June 29, 2009

Pahlawan Kita Part 1.... Tok Janggut


Tanpa kita sedari sebenarnya masih banyak kisah pejuang kita yang masih kita belum ketahui dan hayati perjuangan mereka seperti Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau dan lain-lain lagi. Jika kita tidak mulai sekarang bila lagi? Sekarang mari kita ikuti serba sedikit sejarah Tok Janggut.


Biodata :

Nama : Hj. Mat Hassan Bin Panglima Munas

Tarikh Lahir : 1850

Tempat Lahir : Kampung Saring Daerah Jeram, Pasir Puteh, Kelantan

Tarikh Kematian : 1915 ( ketika usia 65 tahun)

Sumbangan : Pejuang Kebebasan








Nama sebenar beliau adalah Haji Mat Hassan bin Panglima Munas. Ayahandanya berkhidmat sebagai panglima istana, oleh kerana itu beliau dibesarkan didalam istana Tengku Seri Maharaja Jeram. Beliau mendalami ilmu-ilmu agama di Makkah.

Selepas Perjanjian Bangkok 1909, British mengambil alih pemerintahan Kelantan daripada Siam dan mula membawa pelbagai perubahan khususnya dari segi pentadbiran. Perubahan yang diperkenalkan telah menyentuh kedudukan dan keistimewaan pemimpin tradisional di negeri Kelantan.
Antara yang paling sensitif ialah mengenai pengenaan cukai kepala RM 1.00 seorang setahun, pokok buah-buahan 3 sen setahun, kelapa 3 sen setandan dan sireh 5en.


Pentadbiran Jeram, Pasir Puteh, Kelantan telah diambil alih oleh Encik Latiff seorang pegawai tadbir British yang berasal dari luar Kelantan, menggantikan Engku Besar. Pertelingkahan mengenai cukai dan urusan pengutipan cukai yang terlalu lambat sehingga berlarutan selama tiga hari, menyebabkan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas enggan membayar cukai.

Sarjan Che Wan yang diiringi beberapa anggotanya telah diarahkan bertolak ke Kampung Tok Akib pada pagi 29 April bagi memaksa Mat Hassan menyerah diri. Ketika tiba di kampung tersebut, Mat Hassan sedang berucap dihadapan kira-kira 1,000 orang penduduk yang kebanyakannya bersenjata. Mat Hassan bersetuju untuk mengikut polis ke pejabat jajahan untuk memberikan penjelasan terhadap tindakannya.

Layanan polis terhadapnya ketika itu menyebabkan timbul persengketaan. Beliau tidak bersetuju polis berjalan dibelakangnya kerana dilihat seolah-olah mereka mengawal tindakannya daripada hendak melarikan diri, beliau inginkan polis berjalan seiringan atau dihadapannya. Polis tetap berkeras menyebabkan Mat Hassan menikam Sarjan Che Wan dengan kerisnya sehingga mati. Disitulah permulaan peperangan antara Haji Mat Hassan ataupun lebih dikenali sebagai Tok Janggut dengan penjajah Inggeris.

Encik Latiff pula telah melarikan diri ke Kota Bharu. Bantuan daripada Singapura dan Negeri Melayu Bersekutu dikejarkan ke Pasir Puteh pada 6 Mei 1915.


Satu pertempuran berlaku pada 25 Mei 1915 di Kampung Merbuk dan Kampung Pupuh. Kebangkitan Haji Mat Hassan bin Panglima Munas menyebabkan Sultan Kelantan yang memerintah pada masa itu merasa terancam dan menganggap Tok Janggut sebagai penderhaka dan dalam pertempuran di Kampung Pupuh, Haji Mat Hassan bin Panglima Munas telah terbunuh.Mayat Tok Janggut di bawa ke Kota Bharu dalam kereta lembu yang memakan masa satu hari.



Padang 'Bank' Sekarang ( Padang Merdeka )


Setelah digantung beberapa hari di hadapan istana, di Padang Bank (Padang Merdeka) mayat Haji Mat Hassan bin Panglima Munas dikebumikan di Pasir Pekan




Makam Tok Janggut di Kampung Pasir Pekan - Kampung Kelahiranku

Untuk post akan datang saya akan cuba membawa lebih banyak lagi kisah perjuangan pahlawan kita yang menegakan kebebasan untuk rakyat.



2 comments:

Anonymous said...

Rasanya macam sejarah versi penjajah.

Setahu saya Tok Janggut perjuang kemerdekaan kerana berjihad melawan penjajahan berdasarkan syariat Islam.

Tok Janggut juga merupakan seorang Tuan Guru yang mengajar ilmu-ilmu agama.

Rasa macam tak munasabah Tok Janggut yang berpendidikan Makkah hanya sensitif mengenai cukai sedangkan Islam di tanah airnya diperkotak-katikkan.

Mari sama-sama kita cari sejarah yang tepat mengenai Tok Janggut dan pejuang kemerdekaan yang lain.

Tahniah kerana berminat mengenali pejuang kemerdekaan Tanah Melayu.

ar said...

tk der ke a panjang sikit