BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, July 5, 2009

Take Care Our Environment... Jaga Alam Sekitar Kita

Pernahkah sesekali kita memikirkan alam sekitar kita?
Setiap apa yang diciptakan Tuhan mempunyai kepentingan dan fungsinya yang tertentu. Begitu juga dengan kewujudan alam sekitar kita yang sememangnya berfungsi sebagaimana yang telah ditetapkan oleh Pencipta. Seperti mana yang diketahui, alam ini merupakan tempat tinggal segala kehidupan termasuklah manusia, haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Tanpa alam ini, kehidupan tidak akan berlaku. Makhluk yang hidup memerlukan habitat atau tempat tinggal, tempat membiak dan tempat untuk mendapatkan makanan. Jika diperhatikan dengan teliti, setiap bentuk muka bumi mempunyai jenis-jenis kehidupan tertentu yang sesuai dengan ciri-ciri yang ada pada hidupan tersebut. Misalnya di padang pasir yang tandus, ada tumbuh-tumbuhan seperti pokok kaktus yang tahan panas dan dapat menampung air yang banyak. Alam sekitar kita kaya dengan sumber makanan yang banyak membolehkan segala hidupan mendapatkan makanan bagi penerusan hidup.

Setiap muka bumi mempunyai sumber makanan yang sesuai dengan keadaan iklim di tempat tersebut. Mengenal alam sekitar adalah amat penting bagi manusia itu sendiri. Manusia perlu tahu tentang kegunaan dan kepentingan alam sekitar yang berkait rapat dengan kehidupan mereka.






Apabila manusia tahu tugas-tugas mereka terhadap alam sekitar, sudah tentulah manusia akan memakmurkannya dan akan mewujudkan persekitaran yang sihat kehidupan. Sebagai pendidik pula, benih-benih untuk menyintai dan menyayangi alam sekitar perlulah ditanam ke dalam jiwa anak didik bermula daripada peringkat prasekolah atau sebelumnya sehinggalah ke peringkat yang lebih tinggi. Komitmen ini untuk menimbulkan kesedaran yang tinggi terhadap pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.







Manusia yang terdidik dengan kesedaran ini akan beretika sebagaimana yang sepatutnya
terhadap alam sekitar. Mereka sesekali tidak akan mencemarkannya dengan pelbagai
pencemaran, merosakkannya dan merubah keadaannya dengan sewenang-wenangnya. Kanak-kanak yang baru saja mengenal alam sekitar mula menyayangi apa yang ada di sekeliling mereka. Misalnya menyayangi haiwan peliharaan seperti kucing, arnab dan sebagainya. Begitu juga tumbuh-tumbuhan di sekeliling mereka seperti pokok-pokok bunga dan pokok-pokok hiasan. Kanak-kanak akan merasa belas kasihan terhadap hidupan tersebut.
Keadaan ini berlaku hasil daripada didikan sempurna yang diterima oleh kanak-kanak tentang alam sekitar dan peri penting memelihara dan memuliharanya. Selain itu kanak-kanak juga menyedari bahawa jika sesuatu berlaku terhadap alam sekitar, maka kehidupan mereka juga akan terganggu. Mereka dapat mengaitkan dengan aktiviti-aktiviti yang berlaku dan kesan-kesannya terhadap alam sekitar. Contohnya aktiviti penebangan hutan yang berleluasa akan menyebabkan berlakunya banjir kilat. Guru mengaitkan dan menerangkan bahawa jika hutan yang menjadi tadahan hujan musnah, maka air tidak akan diserap ke dalam bumi. Seterusnya air tersebut akan melimpahi kawasan-kawasan yang mempunyai bentuk muka bumi yang rendah dan seterusnya akan membanjiri kawasan kehidupan manusia samada di bandar atau di kampung. Keadaan ini menyebabkan berlakunya banjir kilat.


Hari Alam Sekitar Sedunia merupakan acara alam sekitar Pertubuhan Bansga-bangsa Bersatu yang terutama, ia diraikan setiap tahun pada 5 Jun di dalam lebih daripada 100 buah negara di seluruh dunia. Ia telah dipersetujui pada tahun 1972 oleh Persidangan Umum Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu dan Program Alam Sekitar Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (UNEP) telah diamanahkan untuk memperingatinya.


Pada hari tersebut, kesemua pemimpin kerajaan, Perdana Menteri dan Menteri Alam Sekitar akan memberikan kenyataan dan memberi komitmen mereka untuk menjaga Dunia ini. Ikrar yang telah dibuat akan membawa kepada penubuhan struktur kerajaan tetap yang bertanggungjawab terhadap pengurusan alam sekitar. Ia juga memberikan peluang untuk menandatangani atau membuat persetujuan terhadap konvensyen-konvensyen alam sekitar di peringkat antarabangsa. Hari Alam Sekitar Sedunia diraikan dengan pelbagai cara, termasuklah perarakan jalanan, perarakan basikal, konsert alam sekitar, pertandingan esei dan poster di sekolah, penanaman pokok, usaha untuk kitar semula, kempen-kempen pembersihan dan lebih banyak lagi. Di kebanyakan negara, acara tahunan ini digunakan untuk mengukuhkan perhatian dan tindakan politik.

Adakah kita hanya memerhatikan sahaja apa yang terjadi kepada alam sekitar kita? Adakah kita hanya menyambut hari alam sekitar seperti menyambut hari-hari lain tanpa kita sedari tiada apa yang dapat kita sumbangkan kepada warisan alam yang di anugerahkan dan diamanahkan kepada kita? Adakah generasi anak-anak kita masih dapat menikmati keindahan alam seperti di atas?

Fikir-fikirkan lah....

0 comments: