BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Tuesday, May 26, 2009

Selamat Datang ke UIA

Pertama sekali saya mengucapkan syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana puteri sulung saya telah berjaya melanjutkan pelajaran ke Universiti Islam Antarabangsa di Petaling Jaya, Selangor dalam Kursus Asasi Architecture. Telah mendaftar pada 24 Mei 2009 lepas. Teringat masa saya mendaftar di ITM Shah Alam ( Sekarang UiTM) pada 1981 dahulu. Pengalaman pertama menghantar anak ke IPTA.







Suasana semasa mendaftar






Sebelum berangkat ke Kuala Lumpur, pada hari Khamis lepas ( 21 Mei 2009 ) kami sekeluarga telah mengadakan doa selamat sempena puteri saya dapat melanjutkan pelajaran ke UIA. Buat kecil-kecilan saja.





Antara para kaum ibu Taman Mimi yang menghadiri majlis doa selamat



Angels and Demons

Masa di Kuala Lumpur tempoh hari sempat juga tengok movie yang telah lama dinanti-nanti iaitu 'Angels and Demons' lakonan Tom Hanks. Nampak sangat heronya kurang bermaya. Ceritanya kurang best sikit berbanding 'The Da Vincci Code'. Plot cerita mendatar saja tapi pergerakan cerita agak pantas. Cerita lebih kepada penyiasatan . Menariknya cerita ini ialah lokasi penggambaran dan diakhir cerita baru nampak suspen.





Monday, May 18, 2009

Gambar Lama Kaabah ( Old Picture of Kaabah)

Gambar Lama Kaabah ( Old Picture of Kaabah)














Kaabah Sewaktu Banjir










Gambar Lama Kaabah








Tazkirah 2- Hadis Nabi Muhamad s.a.w



A) Dengki Dan Irihati Biarlah Pada Tempatnya


Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: “Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain”.

Huraian
1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.
2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.
3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.

Riwayat Hadith al-Bukhari



B) Rasulullah Tidak Memberatkan Umatnya

Hadith :
Dari Aisyah r.a katanya:”Rasulullah s.a.w solat malam di kamarnya, padahal dinding kamar itu rendah (pendek) sehingga orang lain dapat melihat baginda. Kerana itu mereka solat sepertimana baginda. Setelah hari pagi, mereka memperkatakan hal itu. Malam keduanya, nabi solat lagi. Orang lain pun solat juga seperti baginda. Mereka lakukan hal seperti itu dua atau tiga malam dan sesudah itu baginda solat sambil duduk dan tidak keluar. Ketika hari telah Subuh, orang ramai menanyakan hal tersebut kepada baginda. Jawab baginda:”Aku takut kalau-kalau kamu menganggap solat malam itu wajib.”
(al-Bukhari)




C) Panduan Bagi Orang Yang Diuji

Hadith :
Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Tidak ada keberanian yang paling disukai oleh Allah S.W.T selain dari keberanian hamba menahan kemarahan. Tidaklah seorang hamba itu menahan kemarahannya melainkan Allah S.W.T. akan mengisi dadanya dengan keimanan.”

Riwayat Ibn Abi Dunya

HuraianPengajaran Hadis:
i) Menahan perasaan marah, memaafkan kesalahan orang lain dan berlaku ihsan adalah antara sifat yang mesti dipupuk dalam diri setiap manusia kerana ia boleh menambahkan keimanan.
ii) Marah umumnya menunjukkan sifat seorang yang lemah kerana gagal mengawal emosinya sendiri. Ia merupakan tabiat yang sukar dihapuskan. Apabila marah, kedua mata menjadi merah, urat leher pula kelihatan timbul. Oleh itu Rasulullah mengatakan bahawa kemarahan itu adalah bara api di dalam hati anak Adam dan ia datangnya daripada syaitan yang dijadikan daripada api di mana api hanya dapat dipadamkan dengan air. Maka Rasulullah s.a.w menasihatkan apabila marah, hendaklah seseorang itu berwudhuk (mengambil air sembahyang).
iii) Imam al-Ghazali pula berkata:” Kemarahan manusia itu bermacam-macam-macam. Setengahnya cepat marah tetapi cepat tenang. Setengahnya pula lambat marah dan lambat pula tenang dan setengah yang lain pula, lambat marah tetapi cepat tenang. Maka yang ketiga inilah yang paling terpuji.”
iv) Tidak semua kemarahan itu dilarang oleh Islam. Marah perlu ada terhadap perkara yang tidak disukai yang menyalahi kebenaran sebagaimana yang diajarkan oleh agama atau perkara yang terang-terang dilarang agama di mana kita dilarang mendiamkan diri jika kehormatan peribadi dan agama dihinakan.

Thursday, May 14, 2009

Do Something........Anything





















Do something..Anything.

Jika kita fikirkan atau rasa nak lakukan sesuatu. Lakukan lah . Tapi biarlah yang bermanafaat.


Misalnya bila teringatkan ibu bapa kita baik jauh atau dekat apa lagi temuilah mereka atau pun telefonlah mereka.


( Tapi takkan jika 'teringat' baru nak jumpa mereka. Sepatutnya dah jadi tanggungjawab kita ). Bagi yang telah tiada kedua-duanya apalagi ziarahilah pusara mereka. Takkan nak tunggu raya nanti. Lambat lagi tuu.



Jika terasa dah lama nak makan sesuatu apa lagi pergilah beli. Tak kan nak tunggu orang nak carikan untuk kita pulak. Misalnya rasa nak makan sambal belacan dengan ikan rebus digoreng. Tak reti-reti ke nak usaha cari.



Dah lama tak jumpa sahabat handai atau saudara mara ?
Apa kata hubungi mereka bertanya khabar. Ajak makan kat rumah ke. Bawa keluarga. Bercerita panjang. Bertukar-tukar pendapat atau ape-ape je lah.





Dah lama tak bercuti atau berkelah bersama keluarga?

Pergilah mana-mana saja. Asalkan bersama keluarga pasti gembira. Tak perlu pergi jauh-jauh.











Rasa-rasanya dah lama tak gotong royong kemas rumah. Takkan nak harap orang rumah je. Seronok juga ramai-ramai selongkar mana-mana ruang yang patut. Tapi kena adalah makan-makan ringan baru best.


Itu baru beberapa contoh jika kita perlu lakukan sesuatu. Lakukanlah. Tapi biarlah apa yang ingin kita lakukan itu yang pentingnya menggembirakan kita. Jangan paksa diri pulak ( Tapi bab dengan our parents mahu tak mahu dan jadi tanggungjawab kita ). Dalam bab agama pun banyak yang perlu lakukan yang menjadi tanggungjawab kita yang dah lama kita abaikan.






Sebenarnya banyak perkara yang perlu atau boleh kita lakukan. Kadang-kadang kita rasa tak perlu lakukan perkara tersebut tanpa kita sedar bahawa perkara itu memang kita perlu lakukan. Contohnya .....fikirkanlah


Friday, May 8, 2009

Apakah itu GIS ?

Jika sebelum ini saya memberi penerangan ringkas mengenai GIS dalam bahasa inggeris sekarang mari kita kenali GIS dalam bahasa malaysia pula.
( Mungkin faham sikit )



Apakah itu GIS?

Ianya adalah singkatan kepada Geographical Information System
( Sistem Maklumat Geografi ). Ianya merupakan teknologi terkini yang berasaskan komputer bagi membantu memproses data-data geografi bagi penghasilan maklumat dan pemetaan secara digital serta menganalisa sesuatu perkara yang terdapat di atas muka bumi.


Mengapa GIS sekarang menjadi suatu perkara yang penting?

- Membantu menyelesaikan masalah mengenai geografi

- GIS boleh intergrasi dengan lain-lain maklumat dalam satu sistem serta boleh membuat statistik dan analisis

- Boleh memaparkan maklumat geografi secara digital, pantas dan penuh maklumat.

- Boleh berkongsi maklumat dan data dengan jabatan lain.

Jika anda sudah mula mengenali GIS ni (termasuklah saya ) anda akan tahu betapa hebatnya sistem ini kerana semua maklumat dapat dikumpulkan dalam satu sistem dan banyak perkara menarik dapat kita ketahui.

Sebagai penyelaras GIS JKR Kelantan saya akan cuba untuk mengemaskinikan semua maklumat mengenai inventori JKR Kelantan (Jalan) dengan sempurna kerana saya tahu betapa GIS ini akan dapat membantu kami menyelesaikan masalah kekurangan maklumat terkini dan sistematik.




Wednesday, May 6, 2009

Tazkirah - Hadis Nabi Muhamad s.a.w

Marilah sama-sama kita renungkan hadis Nabi Muhamad s.a.w


Sabda Rasulullah s.a.w. dari Umar r.a. maksudnya:

“Semua amal perbuatan itu adalah berpunca dari niat dan bagi setiap orang itu adalah menurut apa yang diniatkan”
(Riwayat Bukhari)


Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Cinta terhadap dunia adalah sumber segala dosa”
(Petikan kitab Imam Ghazali)

Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Dengki (hasad) itu dapat merosakkan segala kebaikan
sebagaimana api dapat menghanguskan kayu-kayan“
(Petikan kitab Imam Ghazali)


Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya:
“Nilai seseorang itu dapat diukur dari (tahap) agama yang dipegang
oleh sahabat karibnya, oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat dalam pergaulan“
(Petikan Kitab Imam Ghazali)

Makan 'Colek' Buah ( Rojak Buah)



















Pagi kelmarin kebetulan lalu ikut Jalan Kubang Pasu ( Depan Masjid Muhammadi ) terdapat pasar menjual buah-buahan. Saya singgah saja-saja nak tinjau. Rupanya macam-macam buah ada. Sempat beli buah yang saya rasa generasi sekarang mungkin ada yang tidak kenal atau pernah memakannya. Disebelah atas tu orang Kelantan panggil 'buah katak puru'. Kalau tak silap orang panggil buah nan. Jarang orang tanam buah ni sekarang. Kalau makan colek best 'giler'.






Ini pulak di panggil durian belanda. Orang kelantan panggil durian selat.


Ini buah yang paling best. Mangga muda atau 'pauh ringan'. Makan mentah atau dibuat jeruk. Kalau campur dalam budu ( budu lagi...biasalah ore kelate) sedapnya menjilat jari.



Ini dinamakan buah kedondong. Ini jenis yang saiz besar.












Ini pula buah asam jawa. Kalau orang kelantan panggil buah 'celagi'. Buah ni kena cicah budu baru sedap.



Inilah antara buah-buahan 'klasik' yang orang suka makan colek. Buah apa lagi ye?

Ada lagi... Buah binjai, buah 'keriat' , buah 'cupu'

Sunday, May 3, 2009

WWF - World Wide Fund For Nature






Tabung Alam Sedunia (The World Wide Fund for Nature, WWF) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabansa yang bertujuan memupuk pemeliharaan, kajian dan pemuliharaan alam semulajadi, dulunya dinamakan Tabung Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Fund), yang kekal sebagai nama rasminya di Amerika Syarikat dan Kanada.

Pertubuhan ini menyatakan misi "untuk menghentikan dan memulihkan kemusnahan alam sekitar semulajadi kita". Kini, kebanyakan kerjanya bertumpu kepada pemeliharaan tiga biome yang mengandungi kebanyakan besar biokepelbagaian hutan, ekosistem air tawar, dan lautan dan pantai. Antara isu-isu lain, WWF juga prihatin terhadap spesis hampir pupus, pencemaran dan perubahan iklim. Pertubuhan ini menjalankan lebih 1,200 projek amali di seluruh dunia dalam setiap tahun.

Di Negara kita pada minggu ini terdapat dua perkara yang menarik perhatian saya mengenai masalah alam sekitar iaitu pendedahan mengenai penggunaan bekas polistirena sebagai bekas makanan yang boleh mengakibatkan BARAH dan menjadi punca pencemaran alam sekitar kerana pelupusannya sangat mahal dan boleh mengakibatkan penipisan lapsan ozon ( Rujuk Akhbar Utusan Malaysia - 2 Mei 09)

Satu lagu pendedahan yang kita lihat dalam Buletin Utama TV3 oleh Karam Singh Walia mengenai pencemaran di Cameron Highlands. Ironinya kawasan yang terkenal sebagai pusat pelancongan dan pusat pengeluaran sayur-sayuran utama menyimpan suatu rahsia yang 'jelek' iaitu pencemaran sumber air oleh sisa buangan kumbahan dan seumpamanya. Begaimana kalau pelancong asing mengesan perkara ini?

Sampai bila kita harus berdepan dengan masalah ini? Keadaan sebegini berlaku disekeliling kita. Marilah kita melakukan sesuatu untuk menyelamatkan anugerah alam semulajadi yang Allah berikan untuk kita. Saya sampai kini agak terkilan melihat Sungai Kelantan begitu keruh dan begitu teringin sekali melihat kembali kejernihan sungai tersebut seperti suatu waktu dahulu. Lawati www.wwf.org.my


Petikan Akhbar Utusan Malaysia 02-05-2009

Friday, May 1, 2009

What is GIS?


(From www.gis.com)

A geographic information system (GIS) integrates hardware, software, and data for capturing, managing, analyzing, and displaying all forms of geographically referenced information.

GIS allows us to view, understand, question, interpret, and visualize data in many ways that reveal relationships, patterns, and trends in the form of maps, globes, reports, and charts.

A GIS helps you answer questions and solve problems by looking at your data in a way that is quickly understood and easily shared.
GIS technology can be integrated into any enterprise information system framework.

Melaka Bandaraya Bersejarah ..Warisan Kita

21
Masa kat Melaka Bandar Raya Bersejarah hari tu sempat juga saya dan rakan sekerja melawat ke beberapa tempat menarik dan bersejarah di Melaka antaranya Kota A'Famosa dan kawasan sekitar.


Ini replika Istana Sultan Melaka. Rasanya lokasi ini pernah diguna dalam filem melayu XXRay 2.





Kota A'Famosa. Saya juga rasa kagum dengan keprihatinan kerajaan menyediakan kemudahan dan menjaga kebersihan kawasan sekitar. Pelancong asing juga nampaknya ramai juga. Tapi saya rasa penjual cenderamata tu kena diletakkan disuatu sudut tertentu. Kadang-kadang nampak terhalang pelawat untuk mengambil gambar kenangan.



Salah satu bangunan bersejarah yang dijaga rapi.