BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Sunday, May 3, 2009

WWF - World Wide Fund For Nature






Tabung Alam Sedunia (The World Wide Fund for Nature, WWF) ialah sebuah pertubuhan bukan kerajaan antarabansa yang bertujuan memupuk pemeliharaan, kajian dan pemuliharaan alam semulajadi, dulunya dinamakan Tabung Hidupan Liar Sedunia (World Wildlife Fund), yang kekal sebagai nama rasminya di Amerika Syarikat dan Kanada.

Pertubuhan ini menyatakan misi "untuk menghentikan dan memulihkan kemusnahan alam sekitar semulajadi kita". Kini, kebanyakan kerjanya bertumpu kepada pemeliharaan tiga biome yang mengandungi kebanyakan besar biokepelbagaian hutan, ekosistem air tawar, dan lautan dan pantai. Antara isu-isu lain, WWF juga prihatin terhadap spesis hampir pupus, pencemaran dan perubahan iklim. Pertubuhan ini menjalankan lebih 1,200 projek amali di seluruh dunia dalam setiap tahun.

Di Negara kita pada minggu ini terdapat dua perkara yang menarik perhatian saya mengenai masalah alam sekitar iaitu pendedahan mengenai penggunaan bekas polistirena sebagai bekas makanan yang boleh mengakibatkan BARAH dan menjadi punca pencemaran alam sekitar kerana pelupusannya sangat mahal dan boleh mengakibatkan penipisan lapsan ozon ( Rujuk Akhbar Utusan Malaysia - 2 Mei 09)

Satu lagu pendedahan yang kita lihat dalam Buletin Utama TV3 oleh Karam Singh Walia mengenai pencemaran di Cameron Highlands. Ironinya kawasan yang terkenal sebagai pusat pelancongan dan pusat pengeluaran sayur-sayuran utama menyimpan suatu rahsia yang 'jelek' iaitu pencemaran sumber air oleh sisa buangan kumbahan dan seumpamanya. Begaimana kalau pelancong asing mengesan perkara ini?

Sampai bila kita harus berdepan dengan masalah ini? Keadaan sebegini berlaku disekeliling kita. Marilah kita melakukan sesuatu untuk menyelamatkan anugerah alam semulajadi yang Allah berikan untuk kita. Saya sampai kini agak terkilan melihat Sungai Kelantan begitu keruh dan begitu teringin sekali melihat kembali kejernihan sungai tersebut seperti suatu waktu dahulu. Lawati www.wwf.org.my


Petikan Akhbar Utusan Malaysia 02-05-2009

0 comments: