BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS »

Friday, August 14, 2009

Menjengah Ke Langkawi


Gambar pemandangan dari Tingkat 8, Kompleks LADA

Dah hampir lapan tahun saya tak berkunjung ke Langkawi. Ehm lama jugak tu. Minggu lepas iaitu pada 10 dan 11 Ogos 2009 saya telah berada di Pulau Langkawi bagi menghadiri Mesyuarat Pembaikan Cerun anjuran Cawangan Kejuruteraan Cerun, JKR Malaysia yang di adakan di Bilik Mesyuarat Utama Kompleks LADA, Langkawi.

Mesyuarat Sedang Berjalan

Kami berbincang mengenai banyak perkara mengenai pembaikan dan langkah persediaan bagi menangani masalah kerosakan cerun. Semua wakil negeri hadir kecuali Negeri Sembilan. Dengarnya wakil NS tak dapat hadir kerana ada hal yang tak dapat dielakkan.










Tak sempat melawat kawasan pelancongan utama kerana kesuntukan masa. Kena balik awal kerana membuat persediaan lawatan dari pihak Kementerian Kerja Raya. Biasalah tu tugas menghambat kita. Tapi adalah shopping sikit-sikit. Terima kasih JKR Kedah dan JKR Langkawi. Yang pasti coklat amat murah bagi penggemar coklat.







0 comments: