Kucing pertama. Ada keistemewaan kucing ni.Dapat tidur dalam bilik - Si Sulong
Keluarga saya sekarang mula memelihara kucing beberapa bulan lepas. . Mula-mula tu seekor tapi sekarang dah ada tiga ekor kesemuanya. Kebetulan ketiga-tiganya bulunya berwarna sama.
Si Tengah dan Si Bongsu ... Tak Dapat Tidur Dalam Rumah Lagi. Hanya boleh main-main dalam rumah je.
Si Sulong dan Si Tengah sedang melepak dalam rumah
Anda berminat dengan kucing tak? Adakah anda membela kucing di rumah? Betul ke cara anda menjaga kucing anda? Di sini ada sedikit panduan bagaimana hendak menjaga kucing dengan teknik yang betul yang saya dapat dari website mengenai kucing yang boleh dikongsi bersama.
Kucing ada perbezaan dari segi fizikal dan personaliti, jadi adalah bagus untuk anda semua mengetahuinya sebelum memelihara atau membeli seekor kucing. Di sini ada beberapa kunci untuk tolong anda memilih kucing yang terbaik untuk anda:
Kegemaran bermain
Sesetengah jenis kucing macam Russian Blue suka pilih salah seorang ahli keluarga sebagai kawan istimewanya. Lain-lain jenis pula macam Persian Tabby sangat peramah, mesra dan tak kisah dengan sapa-sapa pun. Pertimbangkan kadar kemesraan kucing terutamanya jika anda ada kanak-kanak di rumah sebelum memilih jenis kucing yang anda suka.
Saiz badan
Ada pelbagai saiz kucing. Purata saiz kucing jantan adalah di antara 9-14 paun manakala kucing betina pula adalah di antara 6-10 paun.
Tahap ketenangan
Seekor kucing yang tenang akan menghabiskan banyak masanya dengan berlingkar di atas kerusi berbanding kucing cergas yang suka bermain-main di kain pengesat kaki, mencakar gambar dan tak mudah didekati.
Pemberusan harian
Sesetengah kucing perlu diberus setiap hari untuk elakkan bulunya dari kusut dan bergumpal. Selain itu, memberus juga akan membuat bulu kucing anda lembut!
Persekitaran
Kebanyakkan kucing seronok berada di luar rumah kerana tak semua kucing berpuas hati dengan persekitaran di dalam rumah sepenuhnya. Sesetengah kucing,mungkin perlu lebih stimulasi untuk pastikan dia berkelakuan baik di dalam rumah. Ada yang perlu sedikit masa untuk berada di luar rumah (merayap le tu!). Walaubagaimanapun, adalah penting untuk anda sediakan habitat luar rumah yang selamat seperti porch tertutup @ leash (rantai leher) untuk melatih kucing tu adventure di luar rumah dengan dikawal oleh anda. Ada juga kucing-kucing yang gembira je di luar / dalam rumah. Apa-apa pun, aktiviti di luar rumah adalah digalakkan. Akhir sekali, ada juga yang jenis duduk dalam rumah je iaitu yang tak pernah keluar pun tapi lepak dalam rumah sepanjang masa. Statistik membuktikan bahawa kucing yang disimpan di dalam rumah je ataupun yang mendapat persekitaran luaran yang terkawal akan memberi kesan yang positif dari segi kepanjangan usia keseluruhannya.
Pemburu tikus yang cekap
Andainya anda mengharapkan kucing anda menjadi pemburu tikus handalan, anda harus tahu bahawa ada sebahagian jenis kucing yang terkenal dengan kebolehan yang sangat menakutkan dalam mencari dan menghapuskan haiwan perosak seperti tikus.
Pengembara yang bagus
Jika anda seorang yang gemar melancong dengan kereta, itu adalah salah satu faktor yang perlu anda pertimbangkan bagi memastikan jenis kucing yang anda pilih selesa naik kereta.
Kucing dan Islam!
Islam itu syumul (lengkap), hinggakan panduan untuk berinteraksi dengan haiwan pun ada! Ya, sungguhpun tidak dinyatakan dengan jelas di dalam alQuran, tetapi banyak sangat peristiwa-peristiwa di zaman Rasulullah S.A.W mengenai haiwan, yang menjadi panduan kepada kita. Bukankah baginda itu sebaik-baik role model?
Menyayangi haiwan, adalah sunnah Rasulullah. Islam sangat-sangat mengajar umatnya untuk mengasihani haiwan, terutamanya yang jinak seperti kucing. Namun, janganlah terlalu menyayangi haiwan sehingga mengatasi kasih sayang sesama manusia pula!
Kalau kita tengok, negara-negara maju seperti di kawasan Eropah mahupun di sebelah timur (Korea dan Jepun), keprihatinan terhadap haiwan amat dititikberatkan. Pusat-pusat pemeliharaan (adoption center), persatuan-persatuan membela nasib haiwan dan sebagainya ditubuhkan, dalam usaha memanifestasikan kasih sayang terhadap haiwan.
Barat mendakwa, seorang individu bernama Richard Martin adalah orang pertama di dunia yang membela haiwan, ketika dia menubuhkan Persatuan Anti-Kezaliman Haiwan pada tahun 1824. Tetapi mereka tidak tahu, jauh lebih lama dari itu, hampir 1500 tahun dahulu, Rasulullah telah terlebih dahulu mensyariatkan umat Islam untuk berlaku baik terhadap haiwan! Nak tahu kisahnya?
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari, sesungguhnya Rasulullah pernah besabda:
"Seorang pelacur dari Bani Israel diampun dosanya oleh Allah dan dimasuknya ke syurga kerana ia bersimpati dengan seekor anjing yang kehausan air, lalu ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya untuk diberi minum kepada anjing itu."
Subhanallah! Alangkah mulianya berbakti kepada haiwan, sehinggakan dosa yang begitu berat pun boleh diampunkan! Banyak aspek kita boleh lihat pada hadis ini. Pertamanya, wanita tersebut adalah pelaku dosa besar, iaitu berzina (pelacuran). Namun, bukan itu yang diambilkira, sebaliknya keikhlasan wanita tersebut. Wanita tersebut bersimpati dengan seekor anjing! Walaupun anjing merupakan binatang najis mughallazah, tetapi ia tidak bermaksud kita perlu memandang jijik terhadap binatang tersebut. Wanita tersebut tetap sudi membantu anjing tersebut! Itu keikhlasan yang pertama. Yang keduanya, “ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya”! Ini menunjukkan, betapa nekad wanita tersebut untuk membantu si anjing yang kehausan. Jelaslah keikhlasan dan ikhtiar yang dilakukan wanita ini, yang datang dari hati yang suci, itulah yang menjadi sebab kepada pengampunan dosa beliau.
Dalam sebuah hadis yang lain pula, diriwayatkan oleh Ibnu Umar, Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud:
“Seorang wanita masuk Neraka kerana seekor kucing yang diikatnya. Dia tidak memberinya makan dan tidak membiarkannya makan serangga bumi.” Satu lagi kisah mengenai haiwan, iaitu kucing. Seorang wanita yang menzalimi kucing. Dia mengikat kucing tersebut, malah tidak memberi makan, dan tak bagi pula kucing tersebut cari makanan. Ini menunjukkan betapa keji dan kerasnya hati wanita ini. Dan neraka jualah tempat akhirnya.
Maka kita boleh lihat sendiri, betapa besarnya kelebihan menyayangi haiwan! Rasulullah tidak menyuruh kita bela haiwan tersebut smpai gemuk beranak pinak dan sebagainya, tetapi cukuplah sekadar mengasihani dan tidak menzalimi mereka.
Salah satu periwayat Hadits dan sahabat Rasulullah adalah Abu Hurairah, yang artinya Bapak Kucing karena memiliki piaraan seekor kucing dan Rasulullah membiarkan kesenangan sahabatnya tersebut. Hurairah sendiri berarti kucing betina, sedangkan kucing jantan adalah Hirr, kadang Abu Hurairah sering juga dipanggil Abu Hirr. Petikan berikut saya ambil dari situs Ukhuwah:
Setelah masuk Islam, Rasulullah SAW bertanya, “Siapa nama anda?”
“Abdu Syams, ” jawab Abu Hurairah singkat.
“Bukannya Abdur Rahman?” tanya Rasulullah.
“Demi Allah, anda benar. Nama saya Abdur Rahman, ya Rasulullah!” jawab Abu Hurairah setuju.
Abu Hurairah terlahir sebagai seorang Yahudi di Yaman bernama Abdu Syams, seorang yatim tanpa sanak famili selain ibunya sendiri. Ia bekerja kepada Busrah bin Ghazwan dan menjadi muslim melalui Amr al-Dausi dan menghabiskan beberapa tahun berikutnya bersama Rasulullah SAW sebagai sahabat. Abu Hurairah meriwayatkan sekitar seribu Hadits sebagai salah satu kelebihan dirinya, yaitu memiliki kemampuan mengingat yang tajam.
Zaid bin Tsabit pernah bercerita, suatu ketika ia, Abu Hurairah, dan seorang shahabat lainnya berdoa dan berdzikir di dalam masjid. Tiba-tiba Rasulullah mendatangi mereka. Mereka pun berhenti berdoa dan berdzikir. Rasulullah berkata, “Ulangi doa dan dzikir yang kalian baca!”
Zaid bin Tsabit dan sahabat yang seorang lagi –bukan Abu Hurairah– berdoa. Rasulullah mengamini doa mereka berdua. Lalu Abu Hurairah berdoa, “Ya Allah, aku memohon kepada-Mu sebagaimana yang dimohon kedua sahabatku ini. Dan aku memohon kepada-Mu ilmu yang tak dapat aku lupakan.” Rasulullah mengamini doa Abu Hurairah.
Zaid dan seorang shahabat yang lain berkata, “Kami juga memohon kepada Allah ilmu yang yang tak dapat kami lupakan.” Rasulullah berkata, “Kalian telah didahului putra Bani Dausy (Abu Hurairah).”
Jika anda di luar sana tahu fakta mengenai KUCHING tinggalkan komen anda atau email kepada saya.
1 comments:
alhamdulillah...kucing ni bagus sbb idup sy xpernah susah lpas sy bela kucing... kasihi manusia, kita dikasihani balik oleh manusia trsbt.... kasihi kucing, kucing xmampu nk kasihi kita.... allah yg mmbalas kt kita....
Post a Comment