Pada tarikh 3-5 hb Ogos 2009 lepas, saya dan penyelaras GIS peringkat JKR Jajahan seluruh Negeri Kelantan telah mengikuti taklimat cara penggunaan peralatan GPS - Trimble iaitu cara penawanan data di tapak dan seterusnya memuat turun data dalam komputer dengan menggunakan perisian ArcView. Berikutnya disertakan gambar semasa taklimat sepanjang tiga hari tersebut. Semua wakil jajahan hadir kecuali Jajahan Pasir Puteh.
Banyak perkara dapat kami pelajari bagaimana data-data ditapak dapat dicerap. Terima kasih kepada tenaga pengajar dari Unit Geoinformatik, Bahagian Senggara Jalan, Ibu Pejabat JKR Kuala Lumpur - You all guys very helpful.
Dengan GPS kita dapat tentukan lokasi sesuatu objek di atas muka bumi. Kalau nelayan misalnya mereka dapat tentukan dimana lokasi banyaknya ikan di kawasan tertentu. Banyak lagi kegunaan.
Mengambil data jalan dan longkang. Boleh buat ke tu?
Memasukkan data ke dalam komputer dengan menggunakan perisian ArcView
Sessi demonstrasi alat GPS oleh JKR Jajahan Tanah Merah.
Akhir kata wahai rakan-rakan penyelaras GIS mana-mana pengkalan data yang belum lengkap tu, pastikan semua data telah update!!!
0 comments:
Post a Comment